PELAKON Emma Maembong dan Shah Jaszle mengundang  kecaman orang ramai apabila berkongsi video memperlihatkan mereka sedang menari serta berpelukan dengan pakaian pengantin.

Video yang tular di TikTok itu mendapat reaksi kurang senang warganet meskipun ia hanyalah babak lakonan dalam drama Mati Pucuk.

Netizen menganggap tindakan mereka itu tidak sesuai memandangkan masing-masing sudah berumah tangga.

Perbuatan itu dilihat kurang manis dan netizen turut mempersoalkan perasaan pasangan suami serta isteri pelakon itu.

“Apalah perasaan anak korang kalau tengok video ni.

“Laki dan bini dieorang tak cemburu ke. Kalau aku ni dah mengamuk dan meroyan.

“Suami dan isteri masing-masing memang jenis tak kisah ke? Kalau aku terus berpeluh tahan marah.

“Moga kita semua sempat bertaubat sebelum dijemputnya ke alam sana,” tulis netizen di ruangan komen TikTok.