SEORANG warga emas yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, ditemukan maut selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing,berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru di lokasi berkenaan pada jam 9.10 pagi tadi.
Beliau berkata mangsa, Zahari Zakaria, 62, dipercayai dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu menuju ke Pasir Gudang, dekat sini. Sebelum itu, mangsa tidak dapat dihubungi lebih 24 jam menyebabkan anak mangsa membuat laporan polis.
“Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi biru dipercayai hilang kawalan dan terbabas di jalan selekoh sebelum jatuh ke dalam gaung dan terbalik.
“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Baca artikel berkaitan : Pelajar UiTM sempat lompat keluar sebelum kereta terjun gaung
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kami menasihatkan pemandu jalan raya agar lebih peka terhadap pemanduan terutama ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakan, ” katanya.
Terdahulu, pemilik akaun Facebook Ahmad Zani yang merupakan anak mangsa turut memuat naik maklumat mengenai kehilangan ayahnya di laman sosial Facebook dan mendapat lebih 2,000 perkongsian.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram