Tangkap layar rakaman memaparkan aksi seorang lelaki meragut beg tangan wanita di Taman Sentosa, Johor Bharu.

SEORANG lelaki yang meragut beg tangan wanita di Lorong Songkit 3, Taman Sentosa, Johor Bahru, ditahan polis pada pukul 1.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa berusia 47 tahun, kelmarin.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki berpakaian jaket kuning telah menunggang sebuah motosikal lalu meragut beg tangan mangsa sebelum bertindak melarikan diri dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi itu.

Bertindak atas maklumat, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah dekat kawasan Taman Molek, Johor Bahru.

“Turut dirampas barang hasil ragut iaitu empat buah telefon bimbit, sebuah beg silang, resit, sebuah topi keledar hitam, sepasang seluar jeans, sepasang selipar dan sebuah motosikal Honda Dash 125 berwarna oren,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Baca artikel berkaitan : Polis siasat kes cubaan ragut di Taming Jaya

Mengulas lanjut, hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dalam kes samun dan pecah rumah serta dua rekod jenayah samun yang telah di senarai hitam.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Raub berkata, penangkapan suspek ini telah berjaya menyelesaikan tiga kes ragut di sekitar kawasan Johor Bahru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram