Tangkap layar rakaman memaparkan aksi kejar mengejar antara suspek dan pihak polis.

POLIS menahan empat lelaki dan dua wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar selepas aksi kejar-mengejar di Jalan Persiaran Raya, Gua Musang, 9.30 pagi semalam.

Turut ditahan, pemandu berusia 45 tahun, warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya yang sedang menjalankan tugas di Jalan Gua Musang-Lepan Jaya telah terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang mencurigakan.

Beliau berkata, kenderaan terbabit telah membuat pusingan U, sebelum anggota bertugas bertindak mengekori kenderaan tersebut.

“Berlaku pergelutan antara pihak polis dan suspek semasa proses tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

@utusantvofficial

Turut ditahan, pemandu berusia 45 tahun, warga tempatan. Kejadian 9.30 pagi | 11 OGOS 2022. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Mengulas lanjut, hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek telah membawa kepada penemuan enam warga Myanmar di tempat duduk belakang

“Kesemua warga asing gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara Malaysia secara sah,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Azab tiga wanita PATI dalam bonet berakhir di lokap polis

Sehubungan itu, siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram (ATIPSON) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram