Sedapnya kepah masak lemak cili padi ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang mudah dan sedap ini.  Gerenti licin sekelip mata!

BAHAN-BAHAN
1 kg kepah segar
800 ml santan pekat
1 keping asam gelugur
4 batang serai | titik
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit | racik halus
Minyak masak untuk menumis


BAHAN KISAR
10 tangkai cili padi
4 cm kunyit hidup
1 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN
1.Bersihkan kepah, tuskan airnya. Ketepikan. Tumiskan bahan kisar yang telah ditumbuk lumat hingga naik bau.
2.Masukkan kepah, asam gelugur dan serai. Gaulkan sebati. Selepas itu, masukkan santan dan daun kunyit.
3.Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Akhir sekali, tambahkan garam dan sebatikan rasanya.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram