Mufin jagung ini memang sedap. Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan waktu minum petang. Resipinya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN A
500 gm tepung
2 sudu kecil serbuk penaik

BAHAN B
250 gm susu
1 biji telur – pukul
80 gm mentega – cairkan

BAHAN C (DITUMIS SEHINGGA NAIK BAU)
3 ulas bawang putih – cincang
5 ulas bawang merah – cincang
1 sudu kecil jintan putih
3 tangkai cili padi – potong kecil
1/2 biji lada benggala – dibakar dengan sedikit minyak
1 tin kecil isi jagung
50 gm kucai

BAHAN D
1 sudu besar serbuk roti

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan ketuhar pada suhu 200oC.
2.Tumiskan bahan C sehingga naik bau. Ketepikan.
3.Satukan bahan A dan B bersama sehingga sebati. Kemudian masukkan kesemua bahan C. Sebatikan adunan.
4.Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang mufin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Taburkan sedikit serbuk roti ke atas permukaan mufin.
5.Akhir sekali, bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

Resipi: Brian

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram