Studio Kembara sudah hubungi Adi Putra, tidak berjawab

Dari Penulis

PENERBIT Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Deli menyangkal dakwaan pelakon Datuk Adi Putra bahawa pihaknya sukar dihubungi.

Jelas Abdul Rahman, wakil syarikatnya sudah menghubungi bintang filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu semalam (Khamis).

“Pukul 10.25 malam semalam, Adi ada menghantar kiriman WhatsApp kepada adik saya selaku wakil Studio Kembara.

“Tapi disebabkan kami sedang bermesyuarat, jadi dia minta sehingga mesyuarat selesai.

“Sekitar 11 malam, adik saya ada menghubunginya semula tapi tidak berjawab.

“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku dan saya secara peribadi tidak melihatnya sebagai isu besar,” katanya memetik laporan mStar.

Sementara itu Abdul Rahman meminta Adi untuk memberikan alasan kukuh mengapa dia enggan menghadiri tayangan perdana filem Mat Kilau di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

“Tindakannya itu tidak melanggar kontrak kerana kami tidak berbincang mengenai pemasaran filem tetapi sebaik-baiknya memberikan alasan yang boleh diterima kerana ramai menantikan kehadirannya.

“Lagipun kita bawa semangat Malaysia dan budaya orang Melayu,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This