Rendang adalah juadah enak menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja dinikmati semasa musim perayaan, malah juadah ini dinikmati setiap hari tidak kira masa. Kali ini Saji kongsikan resipi ayam pencen yang sedap dan dimudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam telur pencen
Minyak dan garam secukupnya
3 sudu besar gula merah
6 batang serai
Air secukupnya
1 liter santan santan
1 cawan kerisik

BAHAN KISAR:
4 cm halia
4 cm lengkuas
15 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKANNYA:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2.Tuangkan air dan masukkan ayam. Rebus sehingga empuk. Setelah ayam separuh empuk, tuangkan santan dan masukkan serai.
3.Masukkan gula dan garam.
4.Setelah hampir kering masukkan kerisik dan gaul dan renehkan sehingga kering.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram