Hanya 10 minit dibenar berada di Rawdah Sharif

Dari Penulis

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan tempoh yang dibenarkan untuk berada di dalam kawasan Rawdah Sharif di Masjid Nabawi di Madinah hanya 10 minit sahaja.


Lapor Saudi Gazette, kementerian itu menjelaskan umat Islam yang mahu memasuki kawasan Rawdah diwajibkan menyediakan permit menerusi aplikasi Tawakkalna atau Eatmarna.


Perlu diingat bahawa jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Saeed telah mengesahkan sebelum ini bahawa lebih 70 juta permit telah dikeluarkan pada musim umrah 1443 Hijrah untuk umat Islam menunaikan umrah di Masjidilharam dan menunaikan ibadah di Rawdah Sharif.


Mereka yang ingin menunaikan ibadah Umrah atau solat di Rawdah Sharif, sama ada warganegara Arab Saudi, penduduk, dan warga negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) atau mereka yang mempunyai pelbagai jenis visa, kini boleh menyediakan permit dan memilih masa yang sesuai untuk menunaikan Umrah.


Jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This