Tangkap layar rakaman seorang wanita mendera kanak-kanak lelaki di sebuah tadika.

POLIS telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu klip video seorang kanak-kanak lelaki dipukul oleh guru tadika di Taman Megah Kepong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu mangsa susulan penularan klip video kejadian penderaan pada pukul 4.56 petang tadi.

Beliau berkata, dalam klip video terbabit jelas memaparkan seorang kanak-kanak menangis selepas dipukul dengan kasar menggunakan tangan dan dipaksa makan sesuatu oleh seorang wanita dewasa.

“Ibu mangsa mengesahkan kanak-kanak di dalam video terbabit merupakan anak lelakinya yang berusia tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan polis mendapati kejadiaan berlaku pada bulan Mei lalu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca artikel berkaitan : Kejam! Kanak-kanak berusia 4 tahun didera guna penyangkut baju, penyapu dan pencucuh api

Sehubungan itu, Eng Lai menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat kanak-kanak di dalam bahaya atau berisiko didera dengan melaporkan kepada pihak polis.

Saksi kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Sentul di talian 03-40482222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram