Rayuan terakhir kes dana SRC Najib didengar mulai hari ini

Dari Penulis

HARI ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn. Bhd.

Ia merupakan rayuan terakhir Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau turut dikenakan denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.

Difahamkan, pendengaran usul untuk mengemukakan bukti baharu akan didengar terlebih dahulu hari ini dan jika usul itu ditolak, mahkamah akan terus mendengar rayuan utama.

Jika Najib gagal dalam permohonannya bagi menuntut perbicaraan semula kes SRC, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 hingga 19 Ogos dan 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan.

Baca artikel berkaitan: Pasukan peguam baharu Najib tarik diri jika rayuan diteruskan 15 Ogos

Ahli politik berusia 69 tahun itu menukar pasukan peguamnya hanya 21 hari sebelum rayuan dengan melantik peguam jenayah terkemuka Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utamanya, manakala Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners’ (ZIST) rakan kongsi Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam sebagai peguam cara baharunya untuk rayuan itu.

Sebelum ini, firma guaman Tetuan Shafee & Co yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib dalam kes SRC sejak kali pertama bekas perdana menteri itu didakwa.

Pada Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapatinya bersalah menyalahgunakan RM42 juta daripada dana SRC.

Kes itu di peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu.

Bekas perdana menteri itu didakwa pada 4 Julai 2018, sekali gus kes pertama seumpamanya dalam sejarah kehakiman negara.

Pendakwa raya ad hoc V.Sithambaram akan hadir untuk responden (pendakwa raya) manakala peguam Hisyam, Liew dan Rueben mewakili Najib sebagai perayu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This