Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi kacang dal yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHANNYA
1 kg beras basmati
200 gm kacang dal – basuh dan rendam dan rebus
sehingga kacang empuk
200 gm bawang merah – di mayang halus
50 gm marjerin
2 liter air
10 gm garam

CARA MENYEDIAKANNYA
1.Panaskan marjerin di dalam periuk, tumiskan bawang sehingga wangi.
2.Masukkan beras, kacang dal yang telah direbus empuk dan garam dan kacau rata.
3.Masukkan air dan masak nasi seperti biasa.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram