Pas bercita-cita rampas Pahang daripada BN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS dilihat berpotensi untuk merampas Pahang daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang jika kena cara dan kaedahnya.

Keyakinan itu diluahkan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang merasakan parti berkenaan mempunyai peluang untuk menang.

Paling tidak pun, kata Ahmad Fadhli, Pas boleh menjadi pemegang syer terbesar dalam pembentukan kerajaan Pahang.

Beliau menaruh keyakinan itu walaupun Pas hanya berjaya menang lapan daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dalam PRU-14.

Malah, Ahmad Fadhli turut menyeru penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya berfikir tentang betapa penting merubah kepimpinan negeri Pahang.

“Ambil contoh DUN Pulau Tawar di mana Pas hanya kalah dengan majoriti 587 undi sahaja di tangan UMNO sedangkan undi yang diperolehi PKR ialah 1,973.

“Pengundi-pengundi PKR dan PH di kerusi ini perlu berfikir sejenak betapa ruginya undi dibazirkan begitu sahaja dengan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN.

“Jika beramai-ramai pengundi mereka memberikan undi kepada Pas, Pas boleh memenangi DUN Pulau Tawar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: PAS tidak akan sertai gabungan baharu GTA – Takiyuddin

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, senario itu turut berlaku di beberapa DUN lain seperti DUN Tioman apabila calon Pas mendapat 5,382 undi dan tewas dengan majoriti 1,280 di tangan calon BN.

Sedangkan, kata beliau, calon PKR di DUN tersebut mendapat 3,029 undi.

“Alangkah baiknya jika pengundi-pengundi PH dalam pilihan raya yang lepas dapat membuat pertimbangan semula dan memberikan undi kepada Pas pada pilihan raya kali ini demi merubah kepimpinan kerajaan negeri Pahang.

“Insya-Allah, selepas himpunan 20K penghujung Julai lepas, jentera Pas Pahang kelihatan semakin bertambah aktif daripada barisan Pemuda, Muslimat, Ulama dan seluruh lapisan jentera bekerja keras demi memastikan Pas berjaya merampas Pahang.

“Jom, bantu Pahang, Jadikan negeri keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This