Isu Crackhouse Comedy Club ditutup: “Apa yang dilakukan adalah di luar bidang kuasa saya…,” – Afdlin Shauki

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkongsi pendapat mengenai berita pemilik Crackhouse Comedy Club yang disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan perniagaan di mana-mana premis di ibu negara.

Afdlin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, itu adalah di luar bidang kuasanya dan sekiranya terbukti bersalah, mereka perlu bertanggungjawab dan menanggung hukuman.

“Apa yang dilakukan adalah di luar bidang kuasa saya. Apa yang mereka (Crackhouse) buat, mereka kena tanggung. 

“Cuma, saya nak tanya, adakah di mahkamah, mereka sudah dijatuhi hukuman? Kalau mereka cakap, ia kerana tak ada lesen, tutuplah kerana tak ada lesen.

“Cuma, siapa sebenarnya pemantau nilai murni (morality police)?,” katanya ketika ditemui URTV di Sunway Pyramid, petang tadi.

Tambah Afdlin, apa yang berlaku turut membabitkan putar belit sesetengah pihak yang mempunyai agenda masing-masing.

“Pada saya, apa yang salah, tetap salah. Kita harus jatuhkan hukuman kepada orang itu. 

“Benda ini adalah hasil putar belit orang yang nak menggunakan isu ini sebagai isu politik. 

“Sebab apa? Sebab harga barang tengah naik. Jadi, ‘Mari kita tutupkan dengan benda ini’, ‘Mari kita hentam Afdlin’,” ujarnya.

Terbaharu, Afdlin bakal muncul dalam drama bersiri sains fiksyen berjudul AI.5YA yang turut membariskan barisan pelakon antaranya, Mia Sara Shauki, Zizan Razak, Faradhiya, Ako Mustapha, Elly Arifin dan ramai lagi.

Selain sebagai pelakon, Afdlin juga bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip untuk drama bersiri yang akan ditayangkan di platform Viu bermula esok itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This