Mula-mula kata berminat beli Manchester United, kemudian Elon Musk kata hanya bergurau

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INDIVIDU terkaya di dunia, Elon Musk secara terbuka mengumumkan beliau mahu membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di Twitter sekali gus menjadi bualan terutama bagi peminat setia Red Devils.

“Juga, saya akan membeli Manchester United, sama-sama,” katanya dalam ciapan tersebut.

Namun begitu, Musk dalam ciapan terbaharunya ‘menghancurkan hati’ peminat Manchester United apabila memaklumkan hanya ‘bergurau’ sahaja dan tidak akan membeli mana-mana pasukan sukan.

“Tidak, ini adalah gurauan sekian lama di Twitter. Saya tidak akan membeli mana-mana pasukan sukan,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Diva-Diva di Man. United, nak main tapi tak nak ‘susah’

Sebagai rekod, Manchester United merupakan kelab bola sepak yang mempunyai peminat paling ramai di seluruh dunia.

Kelab itu merupakan juara liga di England sebanyak 20 kali dengan majoritinya di bawah kendalian pengurus, Sir Alex Ferguson.

Pada masa sama, Manchester United juga berjaya memenangi tiga kejuaraan Eropah.

Kelab berkenaan mempunyai permodalan pasaran bernilai AS$2.08 bilion (RM9.3 bilion) ketika ini.

Penyokong setia pasukan itu tidak berpuas hati dengan cara pemilik kelab sedia ada iaitu keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS) ekoran prestasi buruk pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Situasi itu membuatkan ada beberapa penyokong meminta Musk untuk membeli Manchester United.

Malah, penyokong turut melancarkan kempen mengosongkan Stadium Old Trafford ketika perlawanan menarik menentang Liverpool, awal pagi Selasa ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This