Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi cili hijau yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1.5 kg beras
1.5 ml air
125 ml susu cair
2 biji limau nipis
5 sudu besar minyak sapi
Garam
Gula

BAHAN KISAR:
200 gm cili hijau
3 sudu besar rempah kurma
4 sm halia
15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun ketumbar

Cara Menyediakan:
1.Beras dibersihkan, tuskan airnya.
2.Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing.
3.Masukkan beras di dalam periuk, masukkan air dan bahan kisar.
4.Tuangkan susu cair, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa. Apabila nasi hampir masak, masukkan jus limau nipis.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram