Puding buih ini memang sedap. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau pencuci mulut. Jom lihat bahan dan cara menyediakan juadah ini.

BAHAN PUDING:
20 gm agar-agar serbuk
6 biji putih telur
5 cawan air
Sedikit pewarna merah

BAHAN KUAH:
1 tin susu cair
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
Sedikit tepung kastard

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masak agar-agar dengan lima cawan air. Biarkan ia sejuk seketika tetapi jangan biarkan keras.
2.Pukul putih telur hingga kembang dan likat.
3.Satukan dengan agar-agar tadi dan kacau sebati. Masukkan sedikit pewarna merah dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan ia beku.
4.Untuk kuahnya, kacau kuning telur dengan susu cair. Tambahkan gula dan masak sehingga mendidih. Campurkan sedikit dengan tepung kastad supaya sedikit pekat. Makan bersama agar-agar tadi.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram