GERAKAN Tanah Air (GTA) yang menggabungkan empat parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan akan menggunakan satu logo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusi penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan, gerakan itu akan memutuskan logo dan simbol dalam masa terdekat.
Pada masa sama, beliau berkata, GTA juga akan menghantar pendaftaran gabungan tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) minggu hadapan.
“Kita akan guna satu logo, satu bendera. Belum putuskan lagi (reka bentuk logo).
“Apabila dah diputuskan, kita akan hantar permohonan pendaftaran kita minggu hadapan,” katnaya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media GTA, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tun M umum Gerakan Tanah Air, gabungan politik baharu berlandas Melayu
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menaruh keyakinan RoS akan meluluskan permohonan gerakan itu.
Bagaimanapun, jelas beliau, GTA sudah mempunyai ‘pelan B’ sekiranya permohonan itu ditolak.
“Kalau RoS buat lambat-lambat tak tahulah tetapi pengalaman politik dalam Malaysia ini, dekat-dekat nak pilihan raya ini kalau UMNO berkuasa nanti tak daftar.
“Dalam PRU-14, kita tahu Bersatu yang sudah pun didaftarkan, digantung pendaftaran (manakala) Pakatan Harapan (PH) tidak didaftar. Itu strategi mereka.
“Namun kami yakin kali ini perbuatan yang salah ini tak akan dilakukan,” jelas beliau.
Gabungan tersebut akan dianggotai empat parti politik iaitu Pejuang, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman) dan parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

