GTA tidak akan kerjasama dengan ‘penjenayah’, nafi pecah-belahkan Melayu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GERAKAN Tanah Air (GTA) berpendirian tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai ‘penjenayah’ sekiranya perlu berbuat demikian selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan gabungan itu juga tidak akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO kerana menyifatkan parti tersebut sudah rosak hingga ke akar umbi.

Menurut Dr. Mahathir, gabungan itu yang mahu bertanding di 120 kerusi Parlimen dalam PRU-15 juga akan membuat penilaian dengan siapa untuk bekerjasama.

“Kita akan lebih memilih siapa untuk bekerjasama, mungkin kami tidak dapat lebih daripada 50 peratus jumlah kerusi (untuk membentuk kerajaan).

“Dalam hal ini, kami perlu mendapatkan sokongan daripada parti-parti lain. Kami tidak akan bekerjasama dengan ‘penjenayah’,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr. Mahathir menegaskan, GTA tetap tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun parti tersebut sudah dibersihkan kerana ia telah dirosakkan secara keseluruhan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malangnya UMNO sudah rosak sampai ke akar umbi. Semua Ketua Bahagian masuk UMNO kerana nak dapat kontrak, jadi wakil rakyat dan mereka dapat peruntukan wang yang cukup banyak.

“Bukan sahaja ketua bahagian, ketua cawangan pun dapat, ahli biasa pun dapat. Jadi, Najib berjaya merosakkan UMNO keseluruhan daripada (kepimpinan) atas kepada akar umbi, semuanya kotor belaka,” jelas beliau.

Baca artikel berkaitan: GTA guna satu logo, hantar pendaftaran minggu depan

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, penubuhan GTA bukan bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak dapat menyatukan keseluruhan orang Melayu terutama golongan yang terlibat dengan kes jenayah.

“Tuduhan kata kita memecahbelahkan orang Melayu tidak benar. Kita akui bahawa kita tak boleh nak satukan orang Melayu yang terlibat dengan jenayah, curi duit. Itu tak ada (dalam GTA).

“GTA dianggotai oleh mereka yang tidak terlibat dengan jenayah, berjuang untuk bangsa Melayu, negara dan agama Islam,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This