Lelaki diikat kerana ganggu remaja perempuan, bukan ragut

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang menganggu seorang remaja perempuan menerima padah apabila diikat oleh abang gadis itu dalam kejadian di Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan kejadian memaparkan seorang lelaki sedang terduduk dengan tangan diikat ke belakang di tepi sebuah kereta peronda polis pada pukul 9.30 malam, hari Isnin.

Katanya, suspek berusia 21 tahun itu diikat oleh abang gadis terbabit kerana tidak puas hati akan tindakan suspek.

“Bapa remaja terbabit tidak mahu membuat laporan polis kerana mengenali suspek dan keluarganya.

“Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham secara baik,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, polis menafikan dakwaan klip video terbabit adalah berkenaan kes peragut yang ditangkap.

Baca artikel berkaitan : Polis sahkan kes gangguan seksual penuntut IPTA

“Polis tidak menerima sebarang lapran berkaitan ragut di kawasan berkenaan pada masa itu,” katanya.

Zainal Mohamed menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This