Penganggur gunting Jalur Gemilang ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG penganggur yang menggunting Jalur Gemilang berdekatan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Ampang, tengah hari semalam berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek warga tempatan berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan akan direman esok bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian seperti di dalam sebuah klip video yang tular di media sosial pada pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, kejadian terbabit dipercayai berlaku pada pukul 12.37 tengah hari semalam.

Baca artikel berkaitan : Polis cari lelaki rosakkan Jalur Gemilang di ibu negara

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat ke atas sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This