SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar batu penghadang di susur Sierra Mas pada pukul 9.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikal di lorong kiri sebelum terbabas lalu melanggar batu penghadang di tepi jalan.

“Mangsa berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca artikel berkaitan : Penunggang motosikal maut dilanggar remaja tiada lesen

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram