Sedapnya kari ayam ini. Memang membuka selera dan sedap makan bersama nasi atau roti. Jom lihat bahan dan cara penyediaan resipi ini.

BAHAN A
1 ekor ayam | potong kecil
3 biji kentang | belah empat
2 biji tomato | belah empat
2 tangkai daun kari | daun sahaja
1 keping asam keping
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula
Air

BAHAN B
3 labu bawang merah | hiris nipis
2 ulas bawang putih | hiris nipis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN C
1 labu bawang besar | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1/2 inci lengkuas | kisar
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari daging | cairkan

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak dalam periuk. Dengan api kecil, tumis bahan B hingga harum. Kemudian masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga rempah garing.
2.Masukkan ayam dan daun kari. Gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi.
3.Masukkan kentang, asam keping, kiub pati ayam dan air secukupnya.
4.Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan kentang empuk.
5.Akhir sekali masukkan tomato. Hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram