[VIDEO] “Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’. Saya pun rasa benda yang sama…,” – Nabil Ahmad

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGACARA dan pelawak, Nabil Ahmad sependapat dengan2 netizen yang mengatakan dia dan keluarga terhindar daripada terjebak dengan perkara melalaikan apabila terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Ujar Nabil, kesilapan melihat tarikh konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam dianggap sebagai satu rahmat besar buat dirinya.

“Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.

“Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang orang cakap jauh daripada pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu pergi ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.

“Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka rasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga. Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.

“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya,”katanya ketika dihubungi URTV.

Menurut Nabil, dia menyangkakan konsert penyanyi yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy itu akan berlangsung selama dua malam.

“Ya Allah, betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak.

“Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,”katanya.

Terdahulu Nabil mendedahkan terpaksa menanggung kerugian RM2540, namun pada masa sama bersyukur kerana ia seperti petanda jika Allah melindungi mereka sekeluarga daripada perkara melalaikan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajai sedia kongsi pentas dengan Nourul Depp, hanya tunggu masa yang tepat

KOMPOSER dan penyanyi, Ajai secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk kembali berkongsi pentas dengan bekas isterinya, Nourul Wahab, sekiranya diberikan...

More Articles Like This