tarikan rezeki dan kekayaan

Banyak faedahnya apabila manusia boleh berharmoni dengan alam dan duduk lebih tinggi daripada tasbihnya. Berharmoni dengan alam boleh membawa kepada kesihatan yang baik, kaya dan tenang.

Seperti orang dahulu yang sihat dan panjang umurnya kerana mereka berharmoni dengan alam. Ada masanya mereka berjalan kaki tanpa memakai selipar pada waktu pagi dan setiap tapak diatur dengan kalimah Allah, Allah, Allah. Ia seiring dengan alam yang sentiasa ingat Allah. Maka gelombangnya sama dan itulah penawarnya kepada kita dan menjadikan kita sihat.

Menurut Perunding Emosi dan Sipiritual NLP Training, Dr. Azhar Sarip, orang dahulu hebat kerana rumah mereka penuh dengan alam. Seorang ibu tua ketika menyiang ikan pun sentiasa bertasbih Allah!Allah!Alah.

Hidup mereka dalam keadaan tenang. Ketika dengan alam mereka tidak pernah lupakan Allah sebab itulah orang dulu-dulu sihat dan anak-anak mengikut kata. Kemudian perhatikan pula ibu-ibu moden, di dapur ketika memasak penuh dengan perasaan geram dan tekanan maka tenaga negatif yang dikeluarkan itu akan masuk ke dalam makan tersebut.

Kesannya apabila anak-anak dan suami makan, anak-anak menjadi tidak mendengar kata dan suami menjadi marah. Fikiran dengan alam harus sama walaupun sepatutnya kena lebih daripada alam kerana manusia ada akal fikiran.

Hendak tahu kenapa orang cina kaya? Salah satu sebabnya adalah keakraban mereka dengan alam dan binatang.

“Ini bukti yang saya saksikan dengan mata kepala sendiri. Kebetulan ketika itu kucing peliharaan saya sakit kejang, dibawa ke hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan. Sementara menunggu dimasukkan ke unit rawatan rapi ada sepasang suami isteri bangsa Cina membelai kucing saya.

Berbuat kebaikan sesama makhluk

Masih jelas di ingatan saya pasangan itu membelai, mencium-cium kucing saya dan memujuk, “sabar ya, doktor akan merawat sebentar lagi.” Pujukan itu memberikan jawapan kepada saya mengapa cina kaya.

“Binatang itu gelombangnya alpha (positif) sementara duit itu negatif (gelombang  beta) di situ ada tarikan antara positif dan negatif. Sebab itulah orang kaya-kaya ada binatang peliharaan jadi mereka membelai haiwan tersebut di situlah hadirnya kasih sayang.

Kasih sayang itu menyebabkan gelombang rendah (alpha) apabila gelombang rendah maka duit senang datang. Orang dulu-dulu rezekinya murah kerana mereka ada binatang peliharaan ayam, kambing, kucing yang boleh dibelai. Penuh kasih sayang. Itulah yang menyebabkan duit mudah datang. 

Artikel berkaitan: Haiwan punya sifat kemanusiaan sebaliknya manusia punya sifat kebinatangan ini puncanya

“Kita tidak pernah terfikir untuk berbaik-baik dengan alam dan haiwan. Sebenarnya apabila kita pegang haiwan dan kata sayang padanya maka gelombang kita akan menjadi rendah.  Dan harga untuk saya mendapatkan sedikit ilmu itu adalah RM800 sebab saya kena bayar harga IC kucing saya. Rupanya ini saja yang Allah hendak beri pada saya tentang hidup, kasih sayang, di mana binatang peliharaan sebenarnya yang boleh menarik rezeki dan kekayaan.

Sejak itu saya sering ajarkan kepada anak-anak jangan bagi kucing makan lebih-lebih kerana ia sepatutnya mengikut fitrah boleh mencari makan sendiri. Berilah ia makan apa yang kita makan dan jangan campak apabila memberi kucing makan, kurang ajar namanya. Orang Cina yang kaya biasanya beri makan binatang peliharaan mereka dengan tangan dan dilayan seperti manusia.

“Kalau kita bagaimana? Jangankan binatang, pada pokok pun kita tidak boleh melahirkan rasa hormat. Sambil berjalan tangan pun gatal lalu dipintal bunga dan daun yang sedang berzikir. Bagaimana mungkin hati harus tenang jika kita tidak ikut sekali dengan alam. Sepatutnya alam kena ikut manusia tetapi apa sudah jadi? Alam rupanya yang mendahului kita kerana ia lebih banyak bertasbih berbanding manusia. 

“Contohnya para kisah wali yang jadi penggembala lembu mereka boleh arahkan binatang ternakan agar jangan makan tumbuhan milik orang lain maka ternakan hanya makan rumput di kawasannya saja. Banyak lagi kisah para wali yang boleh menakluki binatang sebabnya mereka duduk tinggi tarafnya, lebih dalam tasbihnya daripada sekalian alam. Sepatutnya manusia kena lebih tinggi tasbihnya daripada alam,” ujarnya.

Cukupkah hanya sekadar nama Allah?

Apakah tasbih yang lebih tinggi? Cukupkah tasbih itu sekadar menyebut nama Allah, soal Dr. Azhar. Tambahnya, apabila kita benar-benar yakin kepada Allah, itu bermakna tasbih kita benar-benar tinggi daripada tasbih alam.

Tasbih yang dikata tinggi itu bukan bermaksud kita menyebut, Allah, Allah, Allah, Allah…tapi fikirannya tidak tasbih. Cinta kita kepada Allah lebih tinggi daripada cinta makhluk lain dan alam ini kepada Allah, itulah yang dimaksudkan tasbih kita lebih tinggi daripada tasbih alam.

Tasbih itu bukan sekadar menyebut nama Allah dan kalimah agungnya. Tasbih itu adalah ingatan kepada Allah yang membawa cinta kepada Nya. Tasbih itu adalah ingatan yang membawa nilai rasa.

Memang betul semua orang bertasbih kepada Allah tapi ada rasa ke? Jangan diperkirakan banyaknya tasbih itu tapi kualitinya ada atau tidak? Tasbih yang banyak bukan dikira dengan bilangan tetapi adalah rasa cinta kepada Allah.

Pokoknya alam itu ada rasa cinta kepada Allah sebab itulah mereka taat. Jika kita ada rasa cinta maka kita akan taat. Manusia tidak taat kepada Allah kerana tidak ada rasa, malah sering menjadi pembantah dan derhaka dengan Allah. Wallahu a’lam

______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare