Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2022 meningkat 50.35 peratus – PM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESTASI Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) 2022 sehingga 15 Ogos 2022 telah mencatat peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4 peratus pada 15 April 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Bilangan 2 Tahun 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) Bilangan 2 Tahun 2022.

Berhubung perkara itu, Perdana Menteri turut menggesa semua kementerian untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan.

Tegas beliau, peruntukan yang tidak dibelanjakan perlu diserahkan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk diagihkan semula kepada kementerian- kementerian yang memerlukan.

“Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 dan juga Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara (JP4N) akan terus meneliti isu dan cabaran semasa bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dalam tempoh RMKe-12, demi manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menyediakan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 bagi meneliti dan menyemak semula dasar dan sasaran sedia ada.

”Ini bagi membolehkan matlamat pembangunan yang disasarkan dapat dicapai. Proses ini akan bermula pada September 2022 hingga September 2023,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Penjawat awam perlu pertahan kerajaan daripada fitnah – Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk membuat pemantauan rapi dan berterusan ke atas pencapaian indikator utama dan memastikan pelaksanaan intervensi yang perlu ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia, konflik geopolitik yang mempengaruhi kenaikan inflasi serta perubahan struktur ekonomi negara yang perlahan.

Jelas beliau, perkara itu selaras dengan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan pada 2025.

“Malaysia telah menjadi negara menua (ageing nation) pada 2021 dan dijangka menjadi negara tua pada 2044.

“Negara menua ditakrifkan sebagai populasi yang berumur 65 tahun ke atas mencapai 7 peratus daripada jumlah populasi.

“Manakala negara tua ditakrifkan sebagai populasi yang berumur 65 tahun ke atas mencapai 14 peratus daripada jumlah populasi.

“Sehubungan itu, mesyuarat bersetuju dengan mekanisme mengarus perdana agenda negara menua dan penyediaan satu blueprint Agenda Negara Menua (ANM) yang akan diselaraskan oleh EPU, JPM,” katanya.

Ismail Sabri menambah, kerajaan juga komited dalam mencapai matlamat sifar miskin tegar menjelang penghujung 2025 menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Jelas beliau, program itu telah bermula pada akhir April 2022 bagi Fasa 1 yang melibatkan 80 lokaliti dan kira-kira 5,000 Ketua Isi Rumah (KIR) secara rintis.

Katanya, pelaksanaan BMTKM akan menggunakan pendekatan baru yang lebih holistik, bersepadu dan berfokus dengan tumpuan kepada aktiviti penjanaan pendapatan dalam kalangan KIR miskin tegar secara mampan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This