SRC: Najib tamatkan perkhidmatan guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menamatkan firma guaman Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners daripada mewakilinya dalam rayuan kes Syarikat SRC International Sdn Bhd hari ini.

Memetik laporan Bernama, perkara itu dimaklumkan peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik ketika perbicaraan bermula di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat.

Mahkamah Persekutuan akan membuat membuat ketetapan berhubung rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Baca artikel berkaitan: Perbicaraan kes 1MDB Najib di Mahkamah Tinggi ditangguhkan

“Teruskan,” kata Hakim Tengku Maimun selepas Hisyam memberitahu panel mengenai perkara itu, diikuti pendakwa ad hoc Datuk V. Sithambaram yang kemudiannya memulakan penghujahannya.

Pada 26 Julai, Ahli Parlimen Pekan itu melantik ZIST untuk mewakilinya dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International selepas melepaskan Tetuan Shafee & Co. berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga melantik Hisyam, daripada Tetuan Hisyam Teh, sebagai peguam utamanya, menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Semalam, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dan memerintahkan pihak pendakwaan mengemukakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This