Serangan terhadap badan kehakiman perlu dihentikan – Ahmad Faizal

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis


Tindakan menyerang hal peribadi lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang terlibat dengan prosiding rayuan terakhir Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak berhubung kes penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd perlu dihentikan serta-merta.

Itu penegasan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menganggap serangan tersebut sebagai keterlaluan.

Tegas beliau, tindakan itu bukan sahaja tidak beretika dan mengganggu sistem badan kehakiman, tetapi turut mengundang persepsi negatif selain memalukan nama baik negara.

“Serangan peribadi terhadap para hakim dan ahli keluarga mereka turut dibimbangi mewujudkan keadaan tidak tenteram termasuk mengancam kedaulatan undang-undang.

“Saya yakin, serangan ini sengaja dilakukan bagi mengganggu kebebasan badan kehakiman negara,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: SRC: Najib tamatkan perkhidmatan guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, beliau secara peribadi berpandangan badan kehakiman perlu berfungsi sebagai benteng terakhir dalam menegakkan keadilan.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan maruah institusi kehakiman dipelihara dengan rapi.

“Walaupun demokrasi tidak menghalang hak rakyat daripada bersuara dan memberi kritikan namun, ia tidak bererti mana-mana individu boleh melakukan serangan secara peribadi apatah lagi disulami dengan niat jahat untuk kepentingan pihak tertentu.

“Justeru, badan kehakiman seharusnya diberi ruang dan masa bagi memastikan keadilan serta kebenaran dapat dilaksanakan demi kedaulatan undang-undang yang dijunjung.

“Setiap daripada rakyat negara ini juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan integriti institusi badan kehakiman senantiasa dipertahankan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This