BERMULA hanya sebagai satu gurauan, siapa sangka seorang pengumpul Yamaha RX-Z berjaya menukar motosikal “rare” itu dengan sebidang tanah seluas 487 meter persegi di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
Kisah “swap” RX-Z ini tular selepas Nik Mohd Zulkifli Mohd Noor memuat naik hantaran di laman Facebook menerusi Kelab Jual Beli RXZ pada Selasa lalu.
Bercerita kepada UtusanTV, Zulkifli, 44, dia sememangnya memiliki hobi mengumpul motosikal RX-Z dan sehingga kini terdapat 15 buah motosikal itu di kediamannya bagi kegunaan harian.
Katanya, pada mulanya dia hanya menyangka rakannya yang dikenali sebagai Abang Mat sekadar bergurau mahu memiliki sebuah motosikal RX-Z.
“Abang Mat cakap, Boss Lee (Zulkifli) bagi lah saya RX-Z comel comel sebiji, awak ini jutawan RX-Z.
“Saya cakap balik yang dia itu jutawan tanah hanya sebagai gurauan. Kemudian Abang Mat kata mahu ‘swap’ tanah dengan RX-Z,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Ujarnya, Abang Mat merupakan rakan kepada isterinya sejak zaman sekolah dan Zulkifli telah mengenali Abang Mat lebih dari 15 tahun.
Jelas Zulkifli, dia berjaya membuat pertukaran tanah berkeluasan 487 meter persegi itu dengan sebuah RX-Z bernilai kira-kira RM30,000 pada hari Rabu dengan nilai tanah sekitar RM50,000 hingga RM70,000.
“Saya siap tanya dengan Abang Mat lagi ketika di pejabat tanah sama ada dia menyesal atau tidak ‘swap’ dengan RX-Z.
“Abang Mat kata tiada ‘u-turn’ balik. Saya anggap ini rezeki anak-anak,” ujarnya.
Meskipun harga tanah mempunyai nilai lebih tinggi daripada RX-Z tersebut, mereka membuat urusan jual beli dan lebihan nilai itu dianggap sedekah daripada Abang Mat.
Katanya, Abang Mat yang bekerja sebagai peniaga itu sememangnya dikenali ramai sebagai seorang yang suka bersedekah dan pemurah.
Baca artikel berkaitan : Selepas ‘kantoi’ popular di TikTok, gelagat teacher ini cuba nafikan dirinya bikin anak murid riuh gemuruh
“Dia memang seorang yang kaya kerana memiliki banyak tanah. Alhamdulillah, sekarang ini, geran tanah pun sudah berjaya ditukar kepada nama saya,” kata Zulkifli yang menetap di Melor.
Katanya, walaupun ramai yang mengecam tindakan Abang Mat kerana menjual sebidang tanah dengan sebuah motosikal, dan itu hak masing-masing.
“Mereka nak kecam itu hak dia, janji beras di dapur tidak habis, Ini rezeki masing-masing,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram