POLIS mengesahkan telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta Perodua Kenari ketika cuba menahan seorang pengedar dadah dalam satu operasi di Projek Perumahan Rakyat Sungai Manila, Batu 12, Sandakan hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian berlaku ketika lima orang anggota polis cuba menahan kereta suspek di kawasan tempat letak kereta.
Katanya, suspek telah bertindak agresif dan hampir melanggar salah seorang anggota sehingga memaksa satu das tembakan dilepaskan.
Baca artikel berkaitan: Penumpang Axia maut, kereta terbabas langgar tiang batu
“Tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta suspek bagi menghentikan kenderaan daripada merempuhnya (anggota polis),” katanya dalam satu kenyataan mala mini.
Tambahnya, anggota lain cuba menghentikan kenderaan memecahkan cermin hadapan menggunakan walkie talkie, tetapi kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.
“Pihak polis telah berjaya mengesan dan merampas kenderaan di tepi jalan lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya.
Abdul Fuad berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan sekiranya mana-mana orang mempunyai maklumat yang berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asistan Superintenden Jas Dewd di talian 013-3598455.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

