CUBAAN seorang lelaki membawa 252 kilogram daun ketum gagal apabila kantoi dalam satu pemeriksaan di Plaza Tol Senai Utara, arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas suspek berusia 28 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna jenis Hyundai Starex.

Beliau berkata, pihaknya telah menemui 22 buah bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun disyaki ketum dengan nilai RM2,520.

“Suspek mengaku terlibat sebagai penghantar daun ketum di daerah Iskandar Puteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan saringan ujian air kencing adalah positif dadah jenis methamphetamine.

Baca artikel berkaitan : Polis rampas ketum bernilai RM10,140 di Kelana Jaya

“Suspek mempunyai satu rekod lampau dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952”.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram