
TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kembali dalam pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri.
Muhammad Shafee akan membantu peguam utama Ahli Parlimen Pekan itu dalam permohonannya supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimon Tuan Mat menarik diri dari mendengar rayuan akhirnya.
Memetik laporan BH Online, Hisyam Teh Poh Teik di awal prosiding permohonan itu memaklumkan mahkamah bahawa beliau secara peribadi meminta Muhammad Shafee untuk membantunya dan akan mengemukakan hujahan dalam permohonan berkenaan.
Selepas sesi hujahan selama 10 minit, Muhammad Shafee kemudian memasuki bilik mahkamah dan mengambil alih daripada Hisyam dan dengan memulakan hujahan.
Baca: Kes SRC: Tetuan Shafee & Co diberhentikan daripada wakili Najib, ZIST dilantik peguam baharu
Rayuan SRC: Najib mahu Ketua Hakim Negara tarik diri
Pada 25 Julai lalu, Najib melantik Hisyam setelah khidmat Muhammad Shafee diberhentikan daripada mewakli beliau.