CE3 Brightening Buffet dirumuskan khas bagi merawat masalah hiperpigmentasi atau noda hitam di kulit.

JENAMA penjagaan kulit tempatan, Encorium tampil dengan rumusan serum terbaharu iaitu CE3 Brightening Buffet yang dirumuskan khas bagi merawat masalah hiperpigmentasi atau noda hitam di kulit.

Pengasas Encorium, Cynthia Lee berkata, pihaknya menerima maklum balas yang positif daripada penguji produk apabila kulit tampil lebih berseri dan noda-noda hitam pudar dengan kadar lebih pantas menerusi formulasi baharu ini.

“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80 peratus mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengasas Encorium, Cynthia Lee.

Tambah Cynthia , tinjauan mendapati sebanyak 63.6 peratus pengguna sedang mencari penyelesaian bagi masalah hiperpigmentasi yang membuatkan dirinya terpanggil untuk melancarkan serum ini.

Mengulas lanjut, penyelidikan ke atas tokotrienol mendapati Vitamin E ini bertindak 60 kali lebih baik berbanding Vitamin E konvensional iaitu Tocoferol bagi membantu merawat masalah kulit.

“Asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar-pakar kimia.

“Bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu bahan yang paling sukar untuk dirumus ke dalam produk kerana kepekaannya terhadap udara, air, haba dan cahaya, yang menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat.

“Sebagai penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan asid L-askorbik ini, kami menggunakan Tokotrienol,” katanya.

Formulasi ini terbukti berjaya memperlahankan proses pengoksidaan vitamin C sekurang-kurangnya dua kali ganda.

Baca artikel berkaitan : Aplikasi TheNoor sasar kumpul dana RM5 juta melalui platform Ethis

Malah, Encorium juga mengambil langkah tambahan bagi mempertingkatkan keberkesanan vitamin C dalam serum ini dengan mengasingkan serbuk asid L-askorbik daripada formulasi cecair utama.

Bagi mengatasi masalah dehidrasi dan garis halus, ramuan seperi gliserin, asid hyaluronik dan rumpai merah turut ditambah ke dalam serum.

Pegawai perubatan kesihatan keluarga Dr. Amanda Elli turut mengakui, asid L-askorbik merupakan vitamin C yang paling berkesan bagi masyarakat di negara topikal.

Katanya, vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan tubuh bagi melawan radikal bebas daripada bahan pencemar alam sekitar dan matahari .

Amanda juga memuji langkah Encorium menggunakan rumisan ini bagi menggalakkan penyembuhan kulit, pelembab, pemulihan dan penjanaan semula.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram