dosa munafik tiada pengampunan
Sekadar gambar hiasan

Di dalam ayat 80 surah at-Taubah juga turut disebutkan tentang tiada keampunan bagi dosa orang munafik atas kerosakan yang mereka sendiri lakukan. Ini kerana semua ibadah yang diwajibkan tidak dilaksanakan dengan seikhlas hati, mereka mengadu dombakan sesama umat, menghina dan memperlekeh umat Islam, serta memecah-belahkan umat Islam.

Betapa indah Islam menjaga syariat umatnya, kesemua itu merupakan dosa besar belaka disebabkan impak yang dahsyat dalam masyarakat. Sekalipun begitu, perlu diingatkan walaupun itu semua merupakan dosa-dosa besar, tetapi dalam surah az-Zumar: 53 Allah berfirman,

 “Wahai hamba-hambaku yang melakukan kelampauan batas lebih dari had sebenar, jangan kamu putus asa dengan rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa-dosa, kerana Allah itu Maha Pengampun”

Dalam hal ini, dosa tetap juga dosa. Sekiranya si munafik bertaubat dan kembali kepada Allah, menyesal serta benci kepada perkara munafik, pasti Allah tetap menerima taubatnya. Firman Allah, “beritahulah kepada hamba Ku bahawa Aku Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”

Rahmat Allah meliputi segala sesuatu, jadi tidak boleh kita kata munafik ini “aku geram dan nak bunuh sahaja, atau tidak termasuk golongan Islam.” Sememangnya rahmat Allah itu luas dan ia patut diyakini sedalamnya.

Satu perkara yang perlu sangat ditekankan dalam hidup sebagai Islam adalah keikhlasan hati kepada Allah. Itu merupakan modal yang sangat besar untuk bertemu Allah. Dalam firman Allah surah al-Kahfi: 110,

“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah mestilah ia beramal dengan amal yang soleh. Amalan soleh iaitu menepati sunnah Baginda dan jangan syirik kepada Allah.”

Adapun maksud jangan syirik dalam ayat ini adalah perlu bersifat ikhlas kepada Allah dalam setiap perkara. Apabila rasa ikhlas telah bertakhta dalam hati, maka syaitan tidak akan mengganggu mereka.

Akan tetapi sekiranya mereka munafik akidah, tindakan sewajarnya wajib kembali kepada Allah dengan seikhlas hati. Dan, jika munafik dengan amalan, wajib ia tinggalkan seluruh amalan munafiknya itu dan meraih syurga Allah. Itulah sebaik-baik tindakan. Wallahu a’lam

___________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare