LAPAN tahun lalu, penyanyi legenda, Datuk Ramli Sarip pernah mengadakan konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang bertujuan membantu rakan-rakan artis seperti
Allahyarham Yazit Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga kepada Allahyarham
Samad Mian Lefthanded.
Siri jelajah itu berjalan dengan baik dan Ramli dapat memberikan sumbangan kepada ketiga-tiga insan seni tersebut.
Konsert jelajah pada tahun ini dikhaskan untuk mempromosi album penuhnya berjudul Rasa yang diterbitkan pada tahun lepas.
Perancangan konsert jelajah ini akan mula bergerak dari Johor dan berakhir di Singapura pada bulan Oktober hingga Disember 2022.
Akan membawa tujuh pemuzik hebat untuk bersamanya dan akan membawakan lagu-lagu baru daripada album Rasa dan juga lagu-lagu malar segar yang masih mahu didengar oleh peminat di mana saja dia membuat persembahan.
Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sendiri dan bagaimana muziknya berkembang mengikut waktu dan keadaan yang dilalui dari suatu masa ke suatu masa.
Daripada perasaan dan pemikiran peribadi terhadap hal-hal yang mencangkupi kehidupan yang dilaluinya hari-hari, pengamatan terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling mahu pun yang menyentuh masyarakat serta umat sejagat sehinggalah hubungan spiritual dengan Tuhan, Rasa ibarat sebuah cermin suaranya terhadap kehidupan ini dalam fasa kematangan yang bersifat lebih matang lagi.
Menyentuh tentang Rasa, penghibur legenda yang cukup ikonik dengan gelaran Papa Rock ini mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
“Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu
kepuasan berbeza.
“Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik. Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.
“Pembikinan dan penerbitan album Rasa yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik
apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura ketika pandemik Covid-19 mula menyerang dunia pada tahun 2020,” katanya.
Bersama band muzik pengiringnya Soul Journey iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboardist), Rizal Halim atau Ritz Metalasia (pemain gitar kedua), Din Safari
(pemain bass), Tom Annuar (pemain dram) beserta Allahyarham Fauzi Samin atau Aji
(pemain gitar pertama), Ramli sempat merakamkan tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.
Manakala di Singapura, dia menghabiskan tujuh lagu lagi bersama pemuzik terbaik di negara itu, sperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir, Riduan Zalani, Al Hafiz Jumat dan Julian Lim.
“Cinta Di Sebalik Musim adalah karya seorang komposer dari Singapure bernama T-Zi dan liriknya dihasilkan oleh penulis lirik terkenal Malaysia, S Amin Shahab. Tajuk lagu ini diangkat sebagai tema konsert jelajah kali ini kerana lagu ini menceritakan musibah yang melanda dunia.
“Malah, semasa di studio rakaman, ada suatu pengalaman unik yang saya lalui saat
melontarkan suara. Perasaan ketika menyanyi sangat tenang merindui damai yang kita
kecapi sebelum pandemik berlaku.
“Ianya sangat seronok dan seolah-olah ada dorongan semangat baru yang kuat untuk terus berkarya. Kerana itulah Rasa kali ini mempunyai rasa dan jiwa yang berbeza.
“Harapan saya, album ini akan dapat membakar semangat nusantara dan sejagat untuk terus berkarya dalam apa juga suasana yang menghalang. Citarasa baru ini memberi sinar dan warna baharu dalam dunia seni.
“Cintailah alam dan berkasih sayanglah sesama ummah. Khusus untuk pencinta dan pejuang seni agar kita terus melahirkan karya baru,” luahnya.
TARIKH-TARIKH KONSERT JELAJAH:
JOHOR (KONSERT)
Tempat: Persada Johor
Tarikh: Jumaat, 7 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM380.00/RM280.00/RM188.00
MELAKA (KONSERT)
Tempat: LaCrista Hotel
Tarikh: Jumaat, 14 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM385.00/RM205.00
KUALA LUMPUR (KONSERT)
Tempat: Zepp Kuala Lumpur
Tarikh: Sabtu, 29 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM450.00/RM350.00/RM300.00
VIP BOX: RM5,000.00 untuk 6 orang
Untuk VIP Box boleh di dapati dari
Rasa Karya Sdn Bhd: 013 2633938
INT X GROUP Sdn Bhd: 019 3017778
SABAH (CHARITY DINNER)
Tempat: Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu
Tarikh: Sabtu, 12 Nov 2022
Masa: 8.00mlm
Pertanyaan: 012 8370222
SARAWAK (CHARITY DINNER)
Tempat: Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching
Tarikh: Ahad, 20 Nov 2022
Masa: 8.00mlm
Tiket: RM12,000.00/RM10,000.00/RM8,000.00/RM6,000.00/ RM4,000/RM2,000.00 untuk
10 orang semeja
Hubungi: Kurnia 012 8189106 & Ain 014 5970664
KELANTAN (KONSERT & CHARITY DINNER)
Tempat: Grand Riverview Hotel, Kota Bahru
Tarikh: Jumaat, 25 Nov 2022 (Konsert)
Sabtu, 26 Nov 2022 (Charity Dinner)
Masa: 8.30mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
RM300.00/RM200.00/RM100.00 (Konsert)
SINGAPURA (KONSERT)
Tarikh: Sabtu, 17 Dis 2022

