“Tolong cover apa yang patut sebagai muslimah…,” – Fesyen bengkung Hannah Delisha ditegur netizen

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Hannah Delisha antara barisan selebriti yang tidak ketinggalan membuat kemunculan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2022) yang berakhir hujung minggu lalu.

Hannah anggun menggayakan busana berwarna jingga rekaan pereka terkenal Alia Bastaman.

Bagaimanapun, ramai yang tidak suka dan kurang bersetuju apabila Hannah dengan beraninnya memakai bengkung di luar bajunya.

Rata-rata netizen mengutuk penampilan Hannah yang tidak manis dipandang berikutan imej muslimahnya itu.

Malah, penggunaan bengkung itu turut dilihat mencacatkan fesyen yang cuba dibawakannya itu.

“Cantik tapi lagi cantik kalau baju itu longgar sedikit. Hanya nasihat.

“Bengkung itu patutnya di dalam bukan luar.

“Spoil tengok bengkung itu. Tolong cover apa yang patut sebagai muslimah. Tegur sebab sayang.

“Cantik memang cantik tapi no bengkung.

“Masa mula-mula bertudung sopan saja, tutup dada. Sekarang apa jadi,” komen pengikutnya di Instagram miliknya.

Untuk rekod, Hannah mula bertudung pada September 2020. Pada Februari 2021, Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Imam Shah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This