PASANGAN beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menampilkan aksi bertenaga menewaskan pasangan Korea Selatan sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia BWF.
Dalam perlawanan di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun, Aaron-Wooi Yik hanya memerlukan 40 minit untuk mengatasi pilihan ke-10, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae 21-18, 21-16.
Kemenangan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan itu dilebarkan kepada 4-2 dalam enam pertembungan.
Bagaimanapun, kejayaan beregu di ranking keenam dunia itu tidak mudah apabila terpaksa bekerja keras apabila pada satu ketika ketinggalan 8-4 pada set pertama.
Aaron dan Wooi Yik memperkemaskan prestasi dengan mengutip lima mata berturut-turut dan mendahului 11-9 pada pertengahan aksi set pertama.
Beregu negara itu terus menonjolkan aksi meyakinkan dan berjaya memenangi set tersebut dengan keputusan 21-18.
Baca artikel berkaitan: Kejohanan Dunia: Zii Jia tumbang di tangan Jun Peng
Set kedua menyaksikan saingan lebih sengit apabila beregu Korea Selatan itu mengasak ke arah Wooi Yik untuk mencari mata.
Namun begitu, pasangan beregu negara kekal tenang dan mula menjarakkan kedudukan sehingga 18-14 sebelum menang 21-16.
Aaron-Wooi Yik bakal membuat perhitungan antara pasangan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau pun pasangan beregu nombor dua dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun di peringkat separuh akhir.
Pasangan beregu utama negara itu tentunya mahu menamatkan ‘badi’ separuh akhir dan melayakkan diri ke aksi akhir.
Satu lagi separuh akhir akan menyaksikan pertemuan beregu handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menentang rakan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

