Buruh tetak penghantar barang kerana tuntut hutang

Dari Penulis

SEORANG buruh bertindak menetak seorang penghantar barang menggunakan parang dalam satu kejadian di tepi Jalan Mulia, Ampang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kejadian dipercayai berpunca disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutang bayaran kerja.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, mangsa berusia 41 tahun sedang berada di hadapan sebuah kedai sambil berbual-bual dengan seorang rakan.

Mangsa kemudian telah melihat suspek memegang parang panjang lalu mengejar mangsa.

Baca artikel berkaitan : Angkara bunyikan hon, pemandu Kancil tetak 4X4 guna parang

“Mangsa telah ditetak dengan parang tersebut dan mengalami kecederaan di lengan kiri dan kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Mohamad Farouk berkta, suspek berusia 37 tahun telah ditangkap di Taman Dagang pada pukul 11 malam tadi.

“Turut dirampas sebilah parang yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau dan ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This