Pembentangan Belanjawan 2023 diawalkan ke 7 Oktober?

Dari Penulis

PEMBENTANGAN Belanjawan 2023 yang sepatutnya dilaksanakan pada 28 Oktober dilaporkan akan dilakukan tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober depan.

Spekulasi itu timbul hanya sehari selepas Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd. Shahar Abdullah memaklumkan pembentangan Belanjawan 2023 tidak akan diawalkan.

Perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 itu sekali gus mengukuhkan khabar angin bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Desas-desus mengatakan PRU-15 dilangsungkan selepas Belanjawan 2023 selesai dibentangkan di Dewan Rakyat.

Memetik laporan The Star, keputusan tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

Menurut laporan tersebut, pemimpin Barisan Nasional (BN) memaklumkan Parlimen mungkin akan dibubarkan selepas belanjawan dibentang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2023 selepas Parlimen bersidang mulai 3 Oktober.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023 tidak diawalkan, kekal 28 Oktober

Susulan arahan Kabinet itu, langkah seterusnya adalah untuk memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai tarikh baharu itu.

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa Belanjawan 2023 akan disegerakan ke bulan September ekoran desakan pelbagai pihak untuk mengadakan PRU-15.

Pada 17 Ogos lalu, Perdana Menteri dilaporkan dijangka hanya akan memohon pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 selepas pembentangan Bajet 2023, yang dijadualkan pada 28 Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dilaporkan menegaskan dakwaan dan spekulasi mengatakan Parlimen akan dibubarkan bulan depan, adalah tidak benar.

Pada 7 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan menolak ramalan kononnya pembentangan Belanjawan 2023 akan dipercepatkan dan menyifatkan spekulasi yang tersebar sebagai tidak berasas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This