BUNGA ini hanya tumbuh di India. Masyarakat setempat memanggilnya ‘Neerlakurinji’ atau ‘Kurinji’ yang bermaksud ‘bunga biru’. Ia antara spesies bunga yang unik kerana bunganya hanya mekar setiap 12 tahun sekali.

Bunga ini hidup di sebuah daerah pergunungan di Kerala, India. Dalam istilah sains, bunga ini tergolong dalam Strobilanthes, salah satu genus daripada 350 spesies tanaman berbunga. Kebanyakan spesies tumbuhan ini mempunyai tempoh penghasilan bunga yang berbeza. Ada yang bunganya hanya mekar selepas empat tahun, lapan atau 10 tahun sekali.

Neelakurinji atau nama saintifiknya Strobilanthes kunthiana berbunga dalam bilangan yang besar. Apabila ia berbunga, kawasan ini akan kelihatan seperti hamparan berwarna biru. Warna biru bunga itu akan bertukar menjadi violet apabila tiba ke penghujungnya.

Kelihatan seperti hamparan biru atau violet apabila ia berbunga.
Bunga ini hanya mekar sekali dalam tempoh 12 tahun.

Tumbuhan renek ini hanya membiak sekali sahaja. Bermakna, selepas ia berbunga dalam tempoh 12 tahun, ia akan mati.

Disebabkan Neelakurinji hanya tumbuh di kawasan ini, ia mempunyai kepercayaan rapat dengan warga India. Masyarakat setempat percaya bunga yang hanya mekar sekali dalam tempoh 12 tahun ini adalah simbol cinta dan kasih sayang. Mereka percaya bahawa Dewa Muruga telah mengayam bunga ini untuk dikalungkan ke leher seorang gadis bernama Valli untuk mengahwininya.

Selain keindahannya ketika berbunga, tumbuhan ini juga menghasilkan madu yang dipanggil Kurinjithen. Madu ini amat sukar didapati dan hanya penduduk tempatan tertentu sahaja yang dibenarkan mengumpulkan madu ketika tumbuhan ini berbunga.

Disebabkan madu ini hanya boleh didapati 12 tahun sekali, ia tidak dijual dipasaran. Penduduk tempatan percaya madu bunga Neelakurinji ini baik untuk kesihatan dan menghalang risiko jantung tersumbat.

Bunga ini selalunya mekar dalam bukan Ogos dan berakhir pada penghujung Oktober. Kali terakhir ia mekar adalah pada tahun 2018. Namun, ketika itu pertumbuhan bunga tersebut banyak terjejas kerana bencana banjir yang menimpa Kerala. Bencana alam itu turut menjejaskan industri pelancongan.

Pada masa akan datang, bunga Neelakurinji dijangka akan mekar semula pada tahun 2030.

Daerah ini menjadi tumpuan pelancong apabila tiba musim bunga ini mekar.
Kali terakhir ia berbunga pada tahun 2018. Bunga tumbuhan ini dijangka akan mekar kembali pada tahun 2030.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram