Polis mengesahkan penahanan tujuh lelaki susulan satu kemalangan maut membabitkan seorang remaja perempuan yang berlaku di Jalan Taman Tungku, Miri pada Selasa.
Kesemua remaja lelaki tersebut berusia 15 hingga 19 tahun ditahan selepas polis menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kejadian ketika sekumpulan remaja terbabit menungang motosikal bersama-sama dan salah sebuah telah bergesel dengan motosikal dinaiki mangsa.
“Mangsa yang merupakan pemboceng telah terjatuh di tengah jalan raya.
“Badan mangsa kemudian dilanggar oleh dua buah lagi motosikal yang datang dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Empat maut, 12 cedera kemalangan di LPT1
Tambahnya, akibat daripada kemalangan tersebut penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.16 malam hari kejadian,” katanya.
Ekoran kejadian tersebut pihak polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri telah membuat tangkapan ke atas kesemua remaja terlibat untuk tindakan lanjut.
Kes kini siasat dibawah seksyen 41(1) dan seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

