SEORANG bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 17 Shah Alam pada 19 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 8 malam.
Beliau berkata, bapa mangsa dan isteri telah ke rumah pengasuh pada pukul 4 petang setelah dimaklumkan bahawa anaknya tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan di Hospital Salam Seksyen 19 mendapati terdapat kesan lebam di dahi dan disyaki berlaku pendarahan di otak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa yang merupakan anak tunggal pengadu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada Isnin lalu.
“Keputusan bedah siasat adalah menunggu siasatan makmal atau pending laboratory investigation”.
Baca artikel berkaitan : Bayi lelaki 6 bulan maut, ibu ditahan, bapa diburu polis
Mengulas lanjut, pengasuh merupakan seorang wanita Melayu berusia 36 tahun dan sedang mengandung lima bulan.
“Pengasuh menjaga lapan orang kanak-kanak berusia tiga bulan hingga empat tahun termasuk mangsa di kediamannya secara sendiri,” ujarnya.
Katanya, setakat ini pengasuh tidak ditahan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Sehubungan itu, kes diklasifikasikan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Roshaza ditalian 011-39865668.
Sementara itu, menurut hantaran Facebook bapa kepada bayi itu, Nur Awliya Delisha selamat dikebumikan pada Selasa lalu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

