Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara sembilan syarikat Malaysia dengan konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros, hari ini. GAMBAR: BERNAMA

SYARIKAT konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Hodling Group akan membuat pelaburan besar bernilai AS$7.5 bilion atau hampir RM34 bilion ke negara ini.

Pelaburan besar itu akan dilunaskan susulan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Ajlan Bros dengan sembilan syarikat Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, MoU tersebut melibatkan pelaburan dalam sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industru pertahanan dan hiburan.

“Sembilan syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam perjanjian tersebut adalah Dagang NeXchange Berhad (DNex); Aerodyne Systems Sdn. Bhd.; National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dan Twistcode Technologies Sdn. Bhd.

“Selain itu, MoU tersebut juga melibatkan Twistcode Technologies Sdn. Bhd.; CyberSecurity Malaysia; Malaysia Genomics Resources Centre Berhad; Meta Universe Sdn. Bhd.; Light Up 7 Sdn. Bhd. dan My Event Sdn. Bhd,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: PM ajak Keluarga Malaysia pertahan kemerdekaan, terus bersatu padu

Majlis menandatangani dan pertukaran MoU antara sembilan syarikat itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Ajlan Bros pula diwakili Timbalan Pengerusinya, Mohammed Abdulaziz Al Ajlan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerjasama yang dimeterai itu membuktikan Malaysia kekal utuh sebagai destinasi pelaburan utama dunia.

Jelas beliau, ia turut menjadikan kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, kerjasama syarikat Malaysia bersama Ajlan Bros ini juga berupaya meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.

“Pelaburan berimpak tinggi ini amat penting bagi memacu negara serta seluruh Keluarga Malaysia pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram