WARGA emas sering jadi sasaran mudah scammer untuk menipu. - Gambar hiasan

SEORANG warga emas kerugian kira-kira RM1.87 juta akibat terpedaya dengan penipuan parcel scam selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam daripada mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 67 tahun. 

Beliau berkata bekas pekerja syarikat swasta itu berkenalan dengan wanita berkenaan yang mendakwa dirinya warganegara Brazil dan bekerja sebagai doktor di United Kingdom pada akhir Mei lepas.

“Setelah berkenalan lebih dua minggu, individu itu telah berjanji untuk mengirimkan barang dan wang tunai berjumlah AS$2.8 juta kepada mangsa.

“Namun, pada 13 Jun 2022, seorang lagi wanita yang mengaku sebagai ejen penghantaran barang telah menghubungi mangsa dan meminta bayaran caj servis penghantaran barang dan wang tunai yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BERITA BERKAITAN Lesap RM163,000 dicekau scammer, ini kisah Azura Photobook

Jelas Rupiah mangsa telah menggunakan wang simpanannya berjumlah RM1,871,540 untuk melakukan 11 transaksi dalam talian ke akaun bank yang diberikan ‘ejen’ tersebut bagi tempoh Jun hingga Ogos.

Beliau berkata lelaki itu menyedari dirinya ditipu apabila sehingga kini dia tidak menerima barang dan wang tunai yang dijanjikan dan wanita berkenaan juga gagal dihubungi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang awam dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada polis sekiranya menerima sistem pesanan ringkas (SMS), emel atau panggilan telefon mengenai tawaran yang meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram