SEORANG wanita warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Kajang SILK 12.15 tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang merupakan pembonceng motosikal berusia 60 tahun maut ketika menerima rawatan akibat pendarahan dalam kepala.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dan suami dalam perjalanan dari rumah di Sungai Chua, Kajang ke Hospital Serdang.
Penunggang iaitu suami mangsa dipercayai telah mengubah haluan sehingga menyebabkan bergesel dengan lori sebelum motosikal hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan.
“Penunggang mengalami luka di kepala dan patah tangan kanan telah di bawa ke hospital bersama mangsa bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Tujuh lelaki sebabkan kemalangan maut remaja wanita ditahan
Jelasnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 1 petang semalam.
Katanya, bedah siasat akan dilakukan hari ini selepas keputusan Covid-19 diterima.
Wan Kamarul Azran berkata, kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan di stor barang kes dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan.
Jelasnya, semakan mendapati suami mangsa yang berusia 71 tahun tidak mempunyai lesen memandu.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

