AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan beliau masih lagi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perkara itu disahkan sendiri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.
“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pengesahan dilakukan Azalina itu sekali gus menepis spekulasi bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.
Semalam, media melaporkan peletakan jawatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu kritikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu terhadap badan kehakiman.
Baca artikel berkaitan: Azalina dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri
Sabtu lalu, Azalina dengan penuh bersemangat menyampaikan ucapan berhubung pelantikan Peguam Negara.
Dalam Taklimat Khas Presiden UMNO yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu, Azalina berkata, pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan untuk itu Perdana Menteri perlu melantik ‘orang dia’ untuk memudahkan urusan.
Azalina telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) pada 2 Oktober 2021.
Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 dengan menyatakan beberapa alasan.
Antara alasan itu termasuk disebabkan kapasiti moral peribadi, yang mana katanya, terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli MKT UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

