Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Zazali Haron melawat Coopbank Pertama Cawangan Tawau di Kubota Square Tawau hari ini.

CO-opbank Pertama (CBP) melakar satu lagi sejarah apabila membuka cawangan terbaharu iaitu yang ke-29 institusi kewangan itu terletak di Tawau, Sabah.

Perasmian cawangan ke-29 Co-opbank Pertama di Kubota Square, Tawau itu telah disempurnakan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Zazali Haron.

Sementara itu, Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi dalam kenyataan memberitahu, pembukaan cawangan ke-29 itu adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Pada masa sama, kata beliau, ia juga merupakan salah satu strategi CBP membawa produk perbankan ke penduduk di Negeri di Bawah Bayu itu.

“Ini merupakan cawangan CBP yang kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu.

“Pembukaan cawangan di Tawau ini merupakan strategi CBP untuk membawa produk dan perbankan terus kepada penduduk di Negeri di Bawah Bayu ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Baharom memaklumkan, CBP juga dalam perancangan membuka sekurang-kurangnya 36 cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026.

Baca artikel berkaitan: Anggota CBP berpeluang tambah saham

CBP sasar tambahan 2,000 akaun MyStar

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Zazali Haron menandatangani plak perasmian Co-opbank Pertama Cawangan Tawau sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar (kiri), Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi (dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi CBP Nor Hidayah Omar.

Jelas beliau, pembukaan cawangan itu seperti yang dirancang dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 yang telah dilancarkan pada 31 Mei lalu.

“CBP akan terus memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan kami.

“Kami menyeru penduduk Tawau terus menyokong CBP dengan melanggan produk dan perkhidmatan perbankan patuh syariah yang ditawarkan,” jelas beliau.

Selain perasmian cawangan terbaharu itu, CBP turut mengadakan acara Kayuhan Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar; Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar; Anggota Lembaga CBP; pengurusan kanan; wakil-wakil agensi kerajaan dan kakitangan bank tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram