Pasangan tunang pecut 7km sebelum ditangkap polis

Dari Penulis

TINDAKAN sepasang tunang yang memecut kenderaan sejauh hampir tujuh kilometer dari ditangkap polis tidak berjaya apabila ditahan di hadapan Balai Polis Damansara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pukul 4 petang, pasangan berusia 41 dan 38 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Proton Waja di hadapan sebuah hotel Jalan Persiaran Surian, Petaling Jaya.

Beliau berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan kereta ke arah Lebuhraya Damansara-Puchong dengan melanggar isyarat lampu merah.

Katanya, suspek telah melanggar sekurangnya tiga buah kenderaan semasa aksi kejar-mengejar sebelum berjaya ditahan polis di hadapan Balai Polis Damansara.

“Suspek lelaki bertindak melarikan diri dengan keluar dari kereta namun berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis tembak pengedar dadah larikan diri guna Kenari

Hasil pemeriksaan di dalam kereta membawa kepada penemuan sepeket plastik syabu seberat 1.30 gram di hadapan papan pemuka penumpang.

“Nilai rampasan bernilai RM130,” ujarnya.

Mohamad Fakhrudin berkata, saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Sehubungan itu, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, polis menyeru orang ramai menyalurkan segera maklumat di balai polis berdekatan sekiranya mempunyai info berkenaan penyalahgunaan dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This