Suami isteri maut kereta dinaiki terbabas

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di KM 292.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam berkaitan kejadian melibatkan Tsia Kwai Weng, 61, dan Hooi Lai Kwean, 53, yang beralamat di Tambun itu, kira-kira pukul 12.30 malam.

“Isterinya maut di tempat kejadian manakala suaminya maut semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira 5.40 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: Empat beranak termasuk bayi maut kemalangan di Kota Tinggi

Menurut Mohamad Nazri ketika kejadian hujan renyai dan kereta mangsa remuk di bahagian depan serta keseluruhan cermin retak.

Beliau berkata siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This