Tiada perjanjian PM dan Muhyiddin, hanya persefahaman – Annuar

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini menafikan wujudnya perjanjian tertentu antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk berkaitan pelantikan Peguam Negara.

Sebaliknya, Annuar berkata, terdapat satu persefahaman melibatkan Ismail Sabri dan Muhyiddin yang terhad kepada perkara berkaitan pembentukan Kabinet serta hal-hal pilihan raya, dan beliau menyifatkan persefahaman itu sebagai “normal”.

“Yang saya boleh sebutkan secara umum, adanya satu persefahaman bukan perjanjian. Hanya persefahaman antara PM (Perdana Menteri) yang berundur dan PM baharu.

“Pada saya ia merupakan perkara biasa macam nota-nota serah tugas,” katanya ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, sama ada wujudnya perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin dengan beliau sendiri menjadi saksi.

Baca artikel berkaitan: Pegawai Khas PM buat laporan polis ke atas Lokman Adam

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini mendedahkan beberapa perjanjian yang kononnya bocor antara Ismail Sabri dan Muhyiddin, antaranya Lokman mendakwa Ismail Sabri bersetuju untuk tidak menggantikan peguam negara sekarang.

“Saya lihat spekulasi sampai soal pelantikan AG (Peguam Negara), itu saya sahkan tidak betul dan tidak tepat.

“Ia hanya kepada perkara utama terutama pembentukan Kabinet dan hal-hal pilihan raya, saya dapati apa yang dilakukan oleh PM Kesembilan (Ismail Sabri) dan PM Kelapan (Muhyiddin) adalah satu perkara yang normal,” kata Annuar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This